Burung merupakan hewan bersayap, berkaki dua, berdarah panas dan bertelur dalam kumpulan hewan vertebrata yang besar dan pelbagai terdapat di selatan dunia, dari kawasan gurun hingga di kutub utara, juga di kawasan hutan hujan Amazon, dan Greenland. Terdapat lebih daripada 8,600 spesies burung yang telah pun dikenal pasti yang dibagikan kepada 27 order. Selain itu, terdapat banyak subspesies yang jika dikira berserta dengan spesies yang diketahui mengandungi lebih 3200 jenis.
Burung merupakan homoioterma, berdarah panas, dengan suhu tetap 40-44 °C. Tulang burung adalah ringan dan berongga di kebanyakan tempat untuk mengurangkan ketumpatan dan beratnya. Semua burung mempunyai paruh, yang berbeza hanyalah bentuk dan saiz paruh mereka. Kebanyakan burung mempunyai bulu pelepah kecuali sedikit yang tidak mempunyai bulu pelepah. Burung dipercayai berevolusi daripada reptilia, seperti dinosaur, yang hidup kira-kira 180 juta tahun yang lampau. Burung berubah dan kehilangan gigi dan ciri reptilia yang lain, samasa mengalami proses evolusi yang mengambil masa berjuta-juta tahun. Pada masa yang sama, bulu pelepah tumbuh pada ekornya dan sayapnya. Ciri-ciri utama haiwan burung adalah seperti berikut :-
- Badan dilitupi oleh bulu pelepah.
- Mempunyai paruh yang tidak bergigi dan dua kepak.
- Mempunyai sisik pada kakinya.
- Bertelur dan telurnya dilindungi oleh cangkerang keras.
- Bernafas melalui paru.
- Berdarah panas.
Walaupun kebanyakan burung mampu terbang terdapat beberapa spesies yang tidak mampu terbang seperti burung unta, rea, emu, kiwi dan penguin yang tidak boleh terbang. Kesemua burung mempunyai sayap walaupun pada burung yang tidak dapat terbang, sehingga ia mungkin kecil dan tidak berguna. Burung adalah oviparous yaitu bertelur. Pada kebiasaannya burung betina akan mengeram telur, kadang kala kedua pasangan akan bergilir, dan dalam sesetengah spesies burung hanya burung jantan akan mengeramkan telur tersebut. Terdapat juga spesies burung yang bertelur dalam sarang burung lain untuk dieramkan oleh keluarga burung angkat.
Kelas burung
Kelas burung (Class:Aves) pula terbahagi kepada beberapa aturan seperti berikut :-
- Struthioniformes, Burung Unta, Emu, Kiwi, and seumpamanya.
- Tinamiformes, Tinamous
- Anseriformes, Burung air
- Galliformes, ayam itik
- Sphenisciformes, Penguin
- Gaviiformes, Loons
- Podicipediformes, grebes
- Procellariiformes, albatrosses, petrels, and seumpamanya.
- Pelecaniformes, Pelican dan seumpamanya.
- Ciconiiformes, storks dan seumpamanya.
- Phoenicopteriformes, flamingos
- Accipitriformes, eagles, hawks dan seumpamanya.
- Falconiformes, falcons
- Turniciformes, button-quail
- Gruiformes, cranes dan seumpamanya.
- Charadriiformes, plovers dan seumpamanya.
- Pteroclidiformes, sandgrouse
- Columbiformes, doves dan pigeons
- Psittaciformes, parrots dan seumpamanya.
- Cuculiformes, cuckoos
- Strigiformes, Burung Hantu
- Caprimulgiformes, nightjars dan seumpamanya.
- Apodiformes, Layang-layang
- Coraciiformes, kingfishers
- Piciformes, woodpeckers dan seumpamanya.
- Trogoniformes, trogons
- Coliiformes, mousebirds
- Passeriformes, passerines
berikut jenis-jenis burung
Burung Gagak
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Subfilum: | Vertebrat |
Kelas: | Burung |
Order: | Passeriformes |
Famili: | Corvidae |
Genus: | Corvus |
Spesies: | Sp. |
Burung Gagak adalah burung yang besar daripada genus Corvus dalam order Passeriformes. Saiznya berbeza-beza antara Burung Jackdaw (Jackdaw Eurasia dan Jackdaw Daurian) yang agak kecil seolah-olah burung merpati sehingga ke Burung Raven Biasa yang besar di kawasan holarktik serta Burung Raven Paruh Tebal di tanah tinggi Ethiopia. Genus ini yang merangkumi lebih kurang 40 ahli hidup di semua benua beriklim sederhana (kecuali Amerika Selatan), serta juga di banyak pulau luar pesisir dan pulau lautan (termasuk Hawaii). Corvus brachyrhynchos 1
Evolusi
Burung Gagak kelihatan berevolusi dari Asia Tengah dan kemudian tersebar masuk ke Amerika Utara, Eropah, dan Australia.
Bagaimanapun, bukti terkini kelihatan menunjukkan Australasia sebagai asal untuk famili yang awal (Corvidae) melalui cabang yang melahirkan kumpulan-kumpulan moden seperti Burung Gagak Eurasia, Burung Murai, dan Burung Corvus yang berwarna hitam sebahagian besarnya. Burung-burung gagak telah lama meninggalkan Australasia dan kini berkembang di Asia. Agak baru-baru ini, Corvus telah masuk semula ke Australia dan melahirkan lima spesies serta satu subspesies yang dapat dicamkan.
Untuk maklumat tambahan tentang saudara-saudara burung gagak seperti Burung Murai dan Burung Gagak Eurasia, sila lihat Corvidae.
Burung Lang Rajawali
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Falconiformes |
Keluarga: | Falconidae |
Genus: | Microhierax |
Spesies: | M. fringillarius |
Burung Lang Rajawali adalah salah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Nama sainsnya ialah Microhierax fringillarius. Burung Lang Rajawali merupakan spesies yang dilindungi di Malaysia.
Ciri-ciri
Burung Lang Rajawali ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Lang Rajawali adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Lang Rajawali tidak bergigi.
Pembiakan
Burung Lang Rajawali membiak dengan bertelur. Telur Burung Lang Rajawali bercangkerang keras.
Alam: | Haiwan | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Filum: | Kordata | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Subfilum: | Vertebrat | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kelas: | Burung | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Order: | Ciconiiformes | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Famili: | Phoenicopteridae | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Genus: | Phoenicopterus | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Spesies: | P. ruber |
Flamingo
Alam: | Hewan |
Filum: | Kordata |
Subfilum: | Vertebrat |
Kelas: | Burung |
Order: | Ciconiiformes |
Famili: | Phoenicopteridae |
Genus: | Phoenicopterus |
Spesies: | P. ruber |
Flamingo ialah sejenis burung tropika daripada famili Phoenicopteridae yang berkaki kurus panjang, berparuh lengkung, berleher panjang dan berbulu merah jambu.
Flamingo boleh ditemui di Afrika, Asia, Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan Eropah. Burung ini biasanya hidup di kawasan berair. Flamingo boleh tinggal di tasik gunung berapa yang panas dan tasik berais di pergunungan Andean.
Spesies flamingo yang terbanyak adalah flamingo besar dan flamingo Amerika atau flamingo Caribbean. Flamingo besar lebih pudar warnanya dan tinggal di Eurasia, daripada kawasan timur Mediterranean ke India; dan di beberapa bahagian di Afrika. Flamingo Amerika atau flamingo Caribbean berwarna merah terang dan membiak di kawasan Caribbean, dari Yucatan dan Hindia Barat ke pesisiran pantai timur laut Amerika Selatan. Spesies ini membiak dengan baik dalam kawasan yang terkurung. Kedua-dua spesies jantan burung ini boleh mencapai tinggi 155 sm
Burung Botak Padi
Burung Botak Padi (bahasa Inggeris: Painted Stork) ialah salah satu daripada haiwan yang boleh di dapati di Malaysia. Nama sainsnya Mycteria leucocephala.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya dari segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih 1,500 vertebrat darat, lebih 150,000 spesies invertebrat, lebih 1000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih 4,000 spesies ikan laut.
Ciri-ciri
Burung Botak Padi adalah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung Botak Padi adalah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh Burung Botak Padi tidak bergigi.
Makanan
Burung Botak Padi makan katak, ikan dan burung atau mamalia kecil.
Pembiakan
Burung Botak Padi membiak dengan bertelur. Telur Burung Botak Padi bercengkerang keras.
Habitat
Burung Botak Padi merupakan burung yang berhijrah pada musim sejuk ke kawasan panas dan akan kembali ketempat asal apabila musim panas kembali tiba.
Burung Helang Kembara Hitam
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Falconiformes (or Accipitriformes, q.v.) |
Keluarga: | Accipitridae |
Genus: | Milvus |
Spesies: | M. migrans |
Burung Helang Kembara Hitam atau Burung Lang Gelap (bahasa Inggeris: Black Kite) merupakan sejenis burung pemangsa berhijrah yang boleh didapati di kawasan bermusim dan tropika Eurasia dan sebahagian Australasia. Ia merupakan burung pengembara yang terbang melintasi Semenanjung Malaysia semasa musim sejuk, bagaimanapun, ia tidak dapat ditemui di kepulauan Indonesia di antara tanah besar Asia Tenggara dan Garisan Wallace. Nama sainsya ialah Milvus migrans.
Ciri-ciri
Helang Kembara Hitam ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Paruh tidak bergigi. Sebagai burung, ia membiak dengan cara bertelur. Telur yang dihasilkan mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya.
Helang Kembara Hitam merupakan haiwan pemangsa. Bersaiz sederhana, (47 - 55 cm), makanan utamanya ialah haiwan kecil. Ia juga makan bangkai jika tiada makanan lain. Ia merupakan sejenis haiwan yang gemar bersendirian. Amat jarang ia dijumpai dalam kumpulan kecil.
Jantung Helang Kembara Hitam terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
Makanan
Helang Kembara Hitam memakan haiwan-haiwan kecil.
Burung Cenderawasih
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Aves |
Order: | Passeriformes |
Keluarga: | Paradisaeidae |
Burung Cenderawasih ialah sejenis burung dalam keluarga Paradisaeidae susunan Passeriformes. Ia terdapat di kawasan Australasia timur Indonesia, New Guinea dan tenggara Australia. Ahli keluarga ini terkenal kerana bulu pelepahnya yang dimiliki oleh burung jantan kebanyakan spesies, yang digunakan bagi menarik burung betina ketika musim mengawan. Kebanyakan spesies turut mempunyai bulu pelepah yang amat panjang dan berambu menjulur dari ekor, sayap atau kepala. Sungguhpun memiliki jambul yang menyerlah, dari segi anatomi ia tergolong dalam burung berkicau primitif.
Yang paling terkenal kerana bulu mereka adalah spesies genus Paradisaea, termasuk spesies jenis burung Cenderawasih Besar, Paradisaea apoda. Spesies ini digambarkan dari contoh yang dibawa balik ke Eropah dari ekspedisi perdagangan. Spesimen ini disediakan oleh pedagang tempatan dengan membuang kaki dan sayap mereka, yang mendorong kepada kepercayaan bahawa burung ini tidak pernah hinggap tetapi kekal terapung oleh bulu mereka. Ini memberikan nama Inggeris mereka "Burung syurga - birds of paradise" dan nama saintifik apoda - tanpa kaki.
Kebanyakan spesies memiliki upacara mengawan yang rumit, dengan spesies Paradisaea mempunyai sistem mengawan jenis Lek. Yang lain, seperti spesies Cicinnurus dan Parotia, mempunyai tarian mengawan yang khusus, dengan spesies menggayakan jambul dalam gaya tarian ballet tutu yang merupakan tabiat yang mengkagumkan bagi burung kerana persamaan secara tidak sengaja dengan tarian hula dan limbo.
Kepercayaan tahyul
Merurut kepercayaan tahyul, burung Cenderawasih berasal dari kayangan. Ia dikatakan hanya minum air embun dan apabila ia jatuh di bumi, ia akan mati, namun badannya tidak akan reput.
Ia mempunyai cerita dan lagenda tersendiri. Kata orang burung ini membawa tuah. Selalu juga dikaitkan sebagai berkhasiat tinggi dalam perubatan. Ia juga dikaitkan dengan pelaris kepada sesiapa yang memilikinya.
Burung cenderawasih ini juga dipercayai penjaga sejenis batu permata (zamrud hijau) yang tinggi nilainya pada masyarakat nusantara.
Burung Botak Upeh
Alam: | Haiwan |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Burung |
Order: | Ciconiiforme |
Keluarga: | Ciconiidae |
Genus: | Mycteria |
Spesies: | M. cinerea |
Burung Botak Upeh ialah burung randuk besar yang tergolong dalam famili burung botak, Ciconiidae. Spesies ini hidup di Kemboja, dan Semenanjung Malaysia serta juga di pulau-pulau Indonesia seperti Sumatera, Jawa, Bali, Sumbawa, Sulawesi, dan Buton. Nama saintifiknya, Mycteria cinerea.
Burung Botak Upeh boleh mencapai 97 sentimeter panjangnya. Rupa kedua-dua jantina kelihatan serupa. Warna bulu Burung Botak Upeh putih kecuali mukanya yang botak dan berwarna merah serta bulu ekor dan bulu pelepah terbang yang panjang dan berwarna hitam-hijau berkilat-kilat. Burung ini tergolong dalam spesies terjejas, akibat kehilangan habitat pantai, pemburuan, serta perdagangan.
Burung Hantu Punggur
Alam: | Haiwan |
Divisi: | Vertebrat |
Filum: | Kordata |
Kelas: | Burung |
Order: | Strigiformes |
Famili: | Strigidae |
Genus: | Strix |
Spesies: | S. leptogrammica |
Burung Hantu Punggur (bahasa Inggeris: Brown Wood Owl) ialah sejenis burung hantu yang terdapat di Asia Selatan, dari India dan Sri Lanka ke Indonesia barat dan China selatan. Nama sainsnya Strix leptogrammica.
Burung hantu ini boleh digolongkan dalam dua famili utama, iaitu:
- famili Strigidae yang merupakan kumpulan burung hantu yang lebih besar. Oleh sebab kumpulan ini merangkumi kebanyakan burung hantu, kumpulan ini juga dikenali sebagai "burung hantu tipikal";
- famili Tytonidae.
Burung Hantu Punggur ialah burung hutan yang jarang ditemui. Burung ini bersarang di dalam lubang pokok atau pada batang pokok bercabang, dan menghasilkan dua biji telur.
Ciri-ciri fizikal
Burung Hantu Punggur mempunyai saiz yang sederhana, antara 45 dan 57 sentimeter. Bahagian atasnya berwarna coklat tua yang rata, dengan bintik-bintik putih yang kelam pada bahunya, manakala bahagian bawahnya berwarna kuning pucat dengan jalur coklat.
Bulatan muka burung ini, yang tidak mempunyai bulatan sepusat, berwarna coklat atau seakan-akan merah, dengan tepi yang putih. Matanya berwarna coklat tua, dan lehernya mempunyai jalur yang putih. Kedua-dua jantan mempunyai ciri-ciri yang sama.
Tabiat
Spesies ini amat nokturnal tetapi burung hantu ini sering dapat dikesan oleh burung-burung kecil yang mengerumuninya sewaktu burung ini bertenggek di atas pokok. Burung ini makan mamalia yang kecil, burung, dan reptilia. Bunyi burung hantu ini hoohoohoohoohoohoo atau pekikan yang kuat.
Burung Tekukur
Burung Tekukur (bahasa Inggeris: Spotted Dove ) ialah sejenis burung merpati yang tergolong dalam famili Columbidae. Nama saintifiknya Streptopelia chinensis. Baru-baru ini, Burung Tekukur telah dimasukkan ke dalam genus Stigmatopelia oleh sebilangan pihak berwibawa, susulan daripada kajian-kajian yang dilakukan oleh Johnson et al. (2001).
Taburan
Burung Tekukur merupakan burung pembiak tempatan di kawasan yang terbentang dari India dan Sri Lanka di Asia Selatan tropika hingga ke China selatan dan Asia Tenggara di timur. Ia merupakan spesies yang sebahagian besar taburannya terdiri daripada kawasan hutan jarang yang terbuka, dan tanah ladang.
Burung Tekukur telah dibawa masuk ke kawasan Los Angeles, California di Amerika Syarikat, serta juga ke Indonesia utara, Australia, dan New Zealand. Di Australia, burung ini dibawa masuk ke Melbourne pada dekad 1860-an dan sejak dari masa itu, burung ini telah tersebar luas dan menggantikan burung-burung merpati asli. Di benua tersebut, burung ini boleh didapati di jalan raya, taman, kebun bunga, kawasan pertanian, serta tanah semak samun dari Hobart, Tasmania ke Cooktown, Queensland sehingga Pelabuhan Lincoln, Australia Selatan. Burung Tekukur juga dapat dilihat di Perth, Pemberton, Kalgoorlie, dan Esperance di Australia Barat, dengan taburan spesies ini semakin berkembang.
Rupa
Burung Tekukur ialah burung merpati yang tirus, dengan ekor yang panjang. Panjangnya burung ini antara 28 hingga 32 sentimeter (11.2 - 12.8 inci). Bahagian belakang, sayap, dan ekornya berwarna perang pucat, dengan banyak bintik kuning pucat. Dalam penerbangan, burung ini menonjolkan bulu hitam yang dibatasi oleh tepi dalaman yang berwarna kelabu pucat. Warna kedua-dua jantina adalah serupa, tetapi anak-anak burung lebih suram warnanya, berbanding dengan burung-burung dewasa dan sering tidak mempunyai jalur leher yang bercapuk-capuk ketika amat muda. Kepala dan bahagian bawah burung ini merah muda warnanya, dan beransur-ansur berubah menjadi kelabu pucat pada muka dan perut bawahnya. Lehernya mempunyai tompok hitam yang mempunyai bintik-bintik putih yang halus. Warna kakinya merah.
Tabiat
Burung Tekukur makan biji-biji rumput, biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan yang lain. Ia burung daratan dan mencari makanannya di padang rumput dan ladang.
Burung Tekukur membiak pada sepanjang tahun, dengan sarang-sarang rantingnya biasa didapati di atas pokok, tepi bangunan, atau juga di atas tanah. Burung ini mengeluarkan dua biji telur yang putih dan licau. Di Australia Selatan, burung ini membiak, khususnya pada bulan September hingga bulan Januari, dan di kawasan utara, pada musim luruh.
Seperti dengan burung-burung merpati yang lain dalam genus ini, Burung Tekukur tidak begitu suka berkelompok, dan biasanya hidup bersendirian atau dalam pasangan. Burung ini jinak dan bunyi-bunyi yang tiba-tiba menyebabkannya terbang. Penerbangannya pantas, dengan pukulan kepak yang tetap, dengan sentakan sekali sekala yang mendadak yang pada umumnya merupakan ciri burung merpati. Pola-pola penerbangannya serupa dengan Burung Merpati Jambul, Ocyphaps lophotes (bahasa Inggeris: Crested Pigeon). Apabila mendarat, ekor burung ini menyenget ke atas. Semasa musim pembiakan, burung-burung jantan akan menyenget ekornya dengan sudut yang lebih curam dan mengelilingi burung bentina serta mengembangkan sayap dan ekornya.
Kicauannya coo-coo-croo yang rendah dan lembut, dengan penekanan pada nota yang terakhir. Kekadangannya, kicauan burung ini juga berbunyi "coo-coo krrroo, krook!"
Rujukan
- BirdLife Internasional (2004). Streptopelia chinensis. Senarai Merah Spesies Terancam IUCN 2006. IUCN 2006. www.iucnredlist.org. Dicapai pada 09 Mei 2006. Kemasukan pangkalan data juga termasuk justifikasi tentang mengapa spesies ini tidak menimbulkan kebimbangan
- Grimmett: Birds of India. Inskipp dan Inskipp, ISBN 0-691-04910-6
- Johnson, Kevin P.; de Kort, Selvino; Dinwoodey, Karen, Mateman, A. C.; ten Cate, Carel; Lessells, C. M. & Clayton, Dale H. (2001): A molecular phylogeny of the dove genera Streptopelia and Columba. Auk 118(4): 874-887. (teks PDF lengkap)
- Pizzey dan Knight: Field Guide to the Birds of Australia. Angus & Robertson, ISBN 0-207-19691-5
- Trounsen dan Trounsen: Australian Birds: A Concise Photographic Field Guide. Cameron House. ISBN 1-875999-47-7.
Burung Hantu Telinga Panjang
Regnum: | Haiwania | ||||
Phylum: | Kordata | ||||
Kelas: | Burung ( Aves ) | ||||
Order: | Strigiformes | ||||
Famili: | Strigidae | ||||
Genus: | Asio | ||||
Spesies: | otus |
Burung hantu telinga panjang atau dalam bahasa Inggerisnya Long-eared Owl (Asio otus) adalah spesies burung hantu yang terdapat di Eropah, Asia, dan Amerika Utara. Burung ini separuh burung bermigrasi, bergerak ke selatan pada musim sejuk dari kawasannya di utara. Habitatnya di dalam hutan berhampiran dengan kawasan terbuka.
Spesies Burung hantu telinga panjang merupakan sebahagian daripada kumpulan besar burung hantu yang dikenali sebagai burung hantu biasa, Strigidae, yang merangkumi kebanyakan spesies burung hantu. Kumpulan lain adalah burung hantu gereja, Tytonidae.
Ia bersarang di pokok, seringkali pokok kon, biasanya menggunakan sarang lama burung lain seperti gagak, bertelur 4-5 telur. Ia mudah menerima bakul sarang buatan.
Ia memburu di kawasan terbuka pada waktu malam. Makanan utamanya adalah tikus dan burung.
Burung hantu telinga panjang mempunyai mata kuning-bata; telinga panjangnya gebu tidak kelihatan ketika terbang, tetapi jelas kelihatan pada waktu lain. Ia bewarna keperangan di bahagian atas dan pucat di bahagian bawah. Ia mempunyai sayap yang panjang, menyerupai burung hantu telinga pendek, dan melayang perlahan dengan sayap yang ditegakkan ketika memburu. Spesies aktif malam ini ( nocturnal ) lebih mudah kelihatan bertenggek pada waktu siang.
Burung Belatuk
Alam: | Animalia |
Filum: | Chordata |
Kelas: | Aves |
Subkelas: | Neornithes |
Infrakelas: | Neognathae |
Superorder: | Neoaves |
Order: | Piciformes |
Suborder: | Pici |
Keluarga: | Picidae Vigors, 1825 |
Burung belatuk adalah satu daripada haiwan yang boleh didapati di Malaysia. Burung ini dari subfamili Picinae, famili Picidae. Di Semenanjung Malaysia, terdapat 25 jenis belatuk (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976).
Ciri-ciri
Burung belatuk ialah haiwan yang tergolong dalam golongan benda hidup, alam : haiwan, filum : kordata, sub-filum : bertulang belakang (vertebrata), kelas : burung. Burung belatuk ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan badan yang dilitupi bulu pelepah. Paruh burung belatuk tidak bergigi dan keras seperti mata pahat.
Kebanyakan spesies belatuk Semenanjung Malaysia berwarna terang dan berwarna-warni. Bagaimanapun, belatuk betina biasanya kurang terang dan berwarna-warni (Madoc, 1976). Burung ini boleh dilihat bertenggek secara menegak di atas hujung ekornya yang keras di batang pokok sambil paruhnya yang keras dan berbentuk pahat mematuk batang pokok dengan laju berulangkali seperti tembakan mesin gun (Madoc, 1976) untuk mencari makanan ataupun untuk melubangi pokok untuk membuat sarang. Bunyi patukannya yang agak kuat itu boleh kedengaran dari jauh. Selain itu, belatuk juga mengeluarkan bunyi teriakan kasar dan nyaring. Di udara, belatuk terbang secara berombak-ombak tetapi agak lemah (Tweedie, 1960, 1970; Madoc, 1976). Dari tabiatnya yang suka mematuk dahan atau batang pokok itulah belatuk mendapat namanya. Namanya dalam bahasa Inggeris pun (woodpecker) memberi gambaran yang serupa.
Saiz belatuk Semenanjung Malaysia berubah-ubah dari sebesar punai hingga lebih kecil daripada pipit.
Belatuk boleh didapati di pelbagai kawasan di Semenanjung dari bakau ke pergunungan. Ada yang berupa burung taman (Madoc, 1976).
Makanan
Makanan utama belatuk ialah ulat dan serangga, yang diperolehinya dengan mematuk dahan dan batang kayu dengan paruhnya yang keras bak pahat.
Pembiakan
Burung belatuk membiak dengan bertelur di dalam lubang batang pokok. Telur belatuk bercangkerang keras.
Elang
Alam: | Haiwan | |
Filum: | Kordata | |
Subfilum: | Vertebrat | |
Kelas: | Burung | |
Order: | Accipitriformes | |
Famili: | Accipitridae |
elang (bahasa Inggris: eagle) merupakan salah satu daripada haiwan yang terdapat di seluruh Malaysia, termasuk Sabah dan Sarawak.
Malaysia merupakan salah satu daripada 12 negara yang telah diiktiraf sebagai kepelbagaian raya ("mega diversity") daripada segi bilangan dan kepelbagaian flora dan fauna dengan 15,000 spesies pokok berbunga yang diketahui, 286 spesies mamalia, lebih daripada 1,500 vertebrat darat, lebih daripada 150,000 spesies invertebrat, lebih daripada 1,000 spesies rama-rama dan 12,000 spesies kupu-kupu, dan lebih daripada 4,000 spesies ikan laut.
Ciri-ciri
Helang ialah haiwan berdarah panas, mempunyai sayap dan tubuh yang diselubungi bulu pelepah. Sebagai burung, helang membiak dengan cara bertelur telur yang mempunyai cangkerang keras di dalam sarang yang dibinanya. Ia menjaga anaknya sehingga mampu terbang.
Helang merupakan haiwan pemangsa atau maging (karnivor). Makanan utamanya haiwan mamalia kecil seperti tikus, tupai dan ayam. Terdapat sesetengah helang yang menangkap ikan sebagai makanan utama mereka. Paruh helang tidak bergigi tetapi mempunyai bengkok yang kuat untuk mengoyak daging mangsa. Burung in juga mempunyai sepasang kaki yang kuat dan kuku yang tajam bagi mencengkam mangsa serta daya penglihatan yang tajam untuk memburu mangsa dari jarak jauh.
Helang mempunyai sistem pernafasan yang berkesan dan mampu untuk membekalkan jumlah oksigen yang banyak yang diperlukan ketika terbang. Jantung burung helang terdiri daripada empat kamar seperti manusia. Kamar atas dikenali sebagai atrium, sementara kamar bawah dikenali sebagai ventrikel.
okkidokkiii......
tankkyyuuwww atas kunjungannyaa :):):)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar